Liverpool Tandatangani Bradley Barcola.

Bradley Barcola, 23 tahun, telah tiba di Anfield dari Paris St Germain selepas satu episod saga perpindahan yang panjang. Liverpool FC begitu komited untuk membelanjakan £106 juta untuk beliau, di samping beberapa syarat bonus tambahan yang boleh melonjakkan harga beliau ke £123 juta. Barcola dilaporkan tidak mahu berpindah ke mana-mana kelab lain selain Liverpool, dan atas sebab itu PSG mengalami kesukaran untuk melakukan negosiasi akibat kekurangan persaingan. Barcola hadir dengan reputasi besar selepas membantu PSG menjuarai Liga Juara-juara Eropah sebanyak dua kali berturut-turut, di samping hatrik kejuaraan Ligue 1. Dengan sempurnanya perpindahan ini, Liverpool berjaya mendapatkan sasaran no.1 dalam jendela perpindahan kali ini. Bagaimana anda mahu rate perpindahan ini antara 1-10? Tinggalkan ulasan anda di bawah. #AnfieldMy #BeritaDariAnfield Originally posted at https://anfield.my/?p=484

Comments