Selalu Menang Minit Akhir telah Rosakkan Minda Pemain Tanpa Sedar

Ini adalah satu pendapat yang tak popular. Tapi, di hujung perlawanan, kedudukan seri, keutamaan no.1 adalah untuk tidak kalah. Disebabkan Liverpool acap kali jaring gol masa kecederaan, pemain mula rasa kebal. Percaya diri yang terlalu tinggi. ‘Kita akan jaring gol kemenangan. Kita takkan bolos’ Inilah yang berlaku semasa lawan Crystal Palace. Tadi berlaku lagi. Lawan Manchester United. Bola masih dalam kedudukan bahaya, para pemain buat apa?.. bersedia untuk serangan balas. Slot telah tegur hal ni semasa lawan Palace. Frimpong ready nak memecut ke atas. Akibatnya, dia tidak mengawal pemain lawan di zon bahaya. Ya kita meang bangga dan seronok dapat menang minit-minit akhir. ‘Mentality monsters’. Ya dan juga benar kita kena ada mentaliti juara. Tetapi kerap kali buru gol kemenangan di hujung perlawanan adalah satu penyakit. Bukan kebanggaan. Bolos di hujung perlawanan pula adalah pukulan maut. Musim ini, hanya perlawanan menentang Everton sahaja yang boleh kita banggakan. Dominan, tak perlu drama, dan job well done. Yang lain semuanya hempas pulas yang tak perlu. Pandangan anda bagaimana? #AnfieldMy #BeritaDariAnfield Originally posted at https://anfield.my/?p=395

Comments