5 Jaringan di Frankfurt Angkat Semula Liverpool.

Kalah 5 kali berturut buat kali pertama sejak 1953? Satu rekod yang hampir terjadi apabila Liverpool bolos pada minit ke-26 di Deutsche Bank Park. Kalah 4 kali berturut itu pun adalah rekod terburuk buat lagenda kelab seperti Van Dijk. Ia satu yang menyakitkan. Menjaringkan 5 gol membuatkan pra peminat lupa seketika masalah yang dihadapi Liverpool musim ini. Ekitike menggunakan pengetahuannya yang mendalam tentang Frankfurt untuk jaringkan gol pertama. Dia kata, dia memang dah target utk jaring gol celah kangkang kerana tahu kelemahan penjaga gol lawan apabila berhadapan satu lawan satu. Dua jaringan set piece menjadi kelegaan buat Slot sebab Liverpool memang nampak macam pasukan yang tak pandai manfaatkan set pieces. Wirtz tak jadi Ben11 sebab dia dah berjaya assist. Gakpo masih mulakan perlawanan tapi sebab jaring gol dia boleh dimaafkan. Mohamed Salah.. hmm.. bak kata Carragher, selalunya pemain merosot dari segi fizikal.. Salah terbalik.. fizikal tip top.. lari masih laju.. tapi teknikal dia makin lemah.. rembat dah tak terjamin gol macam sebelum ni.. UCL catat rekod terbaru kejohanan apabila 71 gol dijaringkan dalam 18 perlawanan. Liverpool sumbang 5 gol. Liverpool catat rekod tidak kalah 15 perlawanan menentang kelab Jerman. Kali akhir pada musim 2001/02 kalah lwan Leverkusen. Next Liverpool akan lawan Brentford, we go again. #AnfieldMy #BeritaDariAnfield Originally posted at https://anfield.my/?p=400

Comments