Liverpool Lancar Jersi ke-3 dengan Logo Trefoil, akan Pakai Hujung Minggu Ini.

Liverpool FC dan adidas telah melancarkan jersi ketiga bagi musim 2025-26 – rekabentuk yang dah lama bocor tetapi tetap nampak segak bila lihat gambar-gambar rasmi - terutama lengan panjang tu memang lazat. Rekabntuk menyerlah yang memggabungian tradisi dan teknologi moden, bagi mengiktiraf antara era paking ikonik dalam sejarah jersi Liverpool. Warna hijau menjadi tema, mengambil idea daripada tahun 1990an dan 2000. Logo trefoil kembali ke dada jersi buat kali pertama dalam 35 tahun, dan kini ada 3 varian - lengan pendek, lengan panjang, dan cropped (?) mungkin jersi wanita fesyen tak labuh. Logo nyalaan abadi 97 menghiasi kolar belakang, dipakai bersama seluar putih dan stokin hijau. Logo klasik LFC tahun 1987 hingga 1992 digunapakai kali ini, satu lagi tolehan buat sejarah masa silam. Jersi akan digunakan semasa kunjungan ke Burnley pada Ahad ini. Amacam gais?.. ok tak jersi ni? #beritadarianfield #AnfieldMy Originally posted at https://anfield.my/?p=371

Comments