
Akhirnya, selepas sebulan mengesahkan kejuaraan, Virgil van Dijk menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Ini merupakan satu peristiwa bersejarah buat para peminat, selepas kejuaraan musim Covid-19 lima tahun yang lalu.
Kedua-duanya istimewa.
Kejuaraan pertama selepas 30 tahun.
Kejuaraan pertama di hadapan peminat selepas 35 tahun.
Satu tempoh yang lama dan panjang.
Dan gila!
Gila sebab Liverpool tidak ‘membeli’ kejuaraan ini dengan menabur duit sesuka hati. Kelab ini diurus dengan baik. Kejayaan ini datang dari segenap arah.
Pemilik di atas,
Peminat di bawah,
Pemain di tengah,
Pengurus yang mengemudi,
Segala-galanya saling melengkapi, bagai lagu dan irama. Bagai ombak dan pantai.
Ia satu pencapaian yang ‘rare’ pada zaman ini.
Tiada siapa boleh menafikan kehebatan Liverpool pada saat ini.
Bak kata Paul Tomkins, “Golden Past Red Future”
Dan masa kini, “We are on Top!”
#beritadarianfield
#AnfieldMy

Originally posted at
https://anfield.my/?p=273
Comments
Post a Comment