Jadual Penyampaian Trofi Liverpool FC di Anfield - 25 Mei 2025

🏟️ Lokasi: Anfield 📆 Tarikh: 25 Mei 2025 🕠 3.55 pm - persembahan mosaic di tempat duduk peminat dan lagu You’ll Never Walk Alone dinyanyikan ⚽️ 4.00 pm - Sepak Mula Liverpool FC vs Crystal Palace FC 5.50 pm - Anggaran wisel penamat 5.55 pm - Pemain masuk ke bilik persalinan 6.00 pm - pentas dan piala disediakan di tengah padang 6.05 pm - Kapten Virgil van Dijk akan mengetuai pasukan keluar dari bilik persalinan untuk upacara penyampaian trofi. 🥾 Kemungkinan: anugerah kasut emas akan disampaikan terlebih dahulu kepada Mohamed Salah 🖼️ Kemungkinan: penyampaian cenderahati kepada Trent Alexander-Arnold melainkan beliau dan pohak pengurusan risau backfire dan kena boo 6.15 pm - penyampaian pingat 🏅 Arne Slot dan barisan kejurulatihan dijadualkan akan diberikan pingat terlebih dahulu, diikuti oleh para pemain. 🏆 Alan Hansen - kapten terakhir Liverpool FC yang menjulang trofi di hadapan peminat pada tahun 1990 akan menyampaikan trofi kepada VVD. 🎉 (Diharapkan semasa menjulang trofi ni confetti akan berterbangan dan tak tersangkut macam masa Spurs julang trofi 🤣) 📸 Seterusnya setiap pemain akan mengambil peluang untuk bergambar dengan trofi secara individu dan ikut geng masing-masing (sama warganegara atau dengan kawan baik kat bilik persalinan) Trofi tersebut akan dibawa mengelilingi padang untuk diperagakan ke 4 penjuru tempat duduk peminat. Dijangka mengambil masa selama 20 minit. 🥾 Peminat di Kop akan menyampaikan anugerah golden samba (kasut emas adidas) kepada pemain terbaik berdasarkan pilihan peminat 🎤 sesi temubual pemain dan jurulatih oleh media 🕢 sesi dijangka tamat pada 7.00 pm bersamaan 2 pagi waktu Malaysia. 🛌 peminat di Malaysia akan masuk tidur, dan bangun pagi esok sebagai juara 🥰 #beritadarianfield #AnfieldMy Originally posted at https://anfield.my/?p=271

Comments