Hadiah Wang Tunai Terkumpul PSG lagi Banyak daripada Liverpool FC

Liverpool mengungguli carta Liga Juara-juara peringkat kumpulan. Dikatakan Liverpool bakal kaya raya kerana kedudukan tinggi ini. Namun, hanya dengan mengalahkan Liverpool di Pusingan 16, PSG telah pun mengatasi Liverpool dari segi kutipan hadiah wang tunai. Setakat ini, Liverpool telah mendapat £39.3 juta dengan memenangi 7 perlawanan dan juga menduduki tempat 8 terbaik. PSG hanya menang 4 kali dan seri sekali semasa peringkat kumpulan. Namun dengan layak ke pusingan suku akhir, mereka telah berjaya mengumpul £44.29 juta. Melihat statistik ini, min rasa memang patut la Slot rehat-rehatkan player je masa peringkat kumpulan musim depan.. OK, jom fokus ke Final Carabao Cup pulak! Let’s go to Wembley! #BeritaDariAnfield #AnfieldMy Originally posted at https://anfield.my/?p=209

Comments