Memburu Kemenangan di Goodison Park untuk Berlagak Seumur Hidup

Rekod kemenangan Merseyside Derby di Goodison Park adalah seri - kedua-dua pasukan Everton dan Liverpool mencatat 41 kemenangan. Oleh kerana ini merupakan Merseyside Derby terakhir sebelum Everton berpindah ke Bromley Moore Dock, maka kemenangan mana-mana pasukan pada malam ini adalah merupakan satu peluang keemasan untuk berlagak seumur hidup. ‘Aku menang di Goodison lebih banyak daripada kamu!’ Inilah the Final Goodison Merseyside Derby! Nota: Gambar ini diambil ketika Merseyside Derby 3 Mac 2019, waktu ni pasukan Liverpool baru tiba di Goodison disambut oleh boo beramai-ramai oleh penyokong Everton. #AnfieldMy #BeritaDariAnfield Originally posted at https://anfield.my/?p=154

Comments