
Bournemouth dah 12 perlawanan berturut tak kalah. Malangnya mereka berjumpa dengan Liverpool.
Sebagai pasukan yang mahu bergelar juara di hujung musim, memang sewajarnya Liverpool lah yang pecahkan rekod tanpa kalah ni.
Ada yang kata Liverpool menang nasib sebab dibantu oleh VAR, pertamanya untuk mendapatkan penalti dan keduanya utk membatalkan jaringan ofsaid Bournemouth.
Nasib semata-mata tidak akan memenangkan pasukan. Sebab Liverpool memang terbukti mendominasi dan menghasilkan percubaan demi percubaan sejak dari babak separuh masa pertama.
Dari segi statistik xG (expected goals) Liverpool boleh mencatatkan menang 3-1 mengatasi Bournemouth.
Sejak zaman Klopp, Liverpool ada satu habit/perangai lawan pasukan lemah yang ketika jumpa Liverpool, dia kuat.
Contohnya macam Bournemouth ni.
Perlawanan berikutnya pula akan menentang Everton yang hampir relegated. Tiba-tiba masa ni la nak tukar manager ke David Moyes pulak.. ni ibarat Man U upah Sir Alex jadi manager diorang balik tau.
Lepas ni perhatian tertumpu kepada EFL Cup yan Liverpool ketinggalan aggregat 1-0.
Selepas itu FA Cup menentang Plymouth Argyle yang terletak nun jauh di sudut hujung pulau Britain. Min rasa untuk trip ke Plymouth ni ramai yang akan direhatkan macam perlawanan menentang PSV tempohari.
Kalau semuanya kita boleh menang, target menang at least 2 piala boleh dicapai! (Quadruple jangan sebut ya.. banned word!)
Up the Reds! YNWA
#beritadarianfield #anfieldmy

Originally posted at
https://anfield.my/?p=146
Comments
Post a Comment